Suliati Asri


"INI adalah peluang terbaik untuk memperoleh Ribena secara percuma dengan hanya bermodalkan pembelian akhbar Harian Metro berharga RM1.50," kata Faris Izzuddin, 27, yang menebus kordial secara percuma menerusi pembelian akhbar Harian Metro.

Menurutnya, Ribena adalah minuman yang berkhasiat. Jadi dengan pemberian kordial Ribena 600 mililiter (ml) secara percuma ini, ia adalah peluang yang tidak harus dilepaskan.

"Selain menonton televisyen, sejak kecil lagi saya juga membaca akhbar Harian Metro sebagai sumber pengetahuan.

"Inisiatif ini bukan saja langkah terbaik mendekati pembaca tetapi dapat menarik minat masyarakat untuk terus membaca akhbar dan mendapatkan berita sebenar.

"Sempena ulang tahun Harian Metro ke-29 tahun, saya mendoakan semoga Harian Metro terus bertahan dan menjadi akhbar pilihan utama rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Rahayu Zainal, 29, berkata, dia terkejut dan seronok apabila memperolehi kordial Ribena 600 mililiter (ml) secara percuma hanya dengan membeli akhbar Harian Metro berharga RM1.50.

Menurutnya, dia sering membeli akhbar tetapi jarang mendapat hadiah. Oleh itu, pemberian kordial Ribena percuma ini cukup mengujakan.

"Selain berita semasa, gosip dunia hiburan tanah air dan antarabangsa antara berita yang saya sukai di Harian Metro.

"Justeru, saya doakan moga kakitangan Harian Metro akan terus maju jaya dan sentiasa berusaha dalam mencari berita terbaik sekali gus membolehkan pembaca merasai berita sebenar," katanya.

Pemberian kordial Ribena secara percuma ini sebagai penghargaan kepada pembaca sempena ulang tahun ke-29 akhbar itu yang disambung semula selepas tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Lebih 80,000 botol minuman kordial Ribena diedarkan kepada pembaca di seluruh negara sehingga 30 Ogos ini mengikut zon iaitu Zon Timur (Pahang, Terengganu & Kelantan) 6 - 19 Julai, Zon Tengah (Selangor) 20 Julai - 2 Ogos, Zon Tengah (Kuala Lumpur) 3 - 16 Ogos dan Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) 17 - 30 Ogos. Untuk maklumat lanjut layari www.hmetro.com.my/ribena.

Kakitangan Media Prima Berhad membeli akhbar Harian Metro bagi mendapatkan kordial Ribena 600ml secara percuma.
Kakitangan Media Prima Berhad membeli akhbar Harian Metro bagi mendapatkan kordial Ribena 600ml secara percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 7:43 PM
Pengurus Jualan Digital & Langganan NSTP, Tengku Kaifimirza Tuan Cherit@ Tengku (kiri) bersama kakitangan Media Prima Berhad membeli akhbar Harian Metro bagi mendapatkan kordial Ribena 600ml secara percuma sempena ulang tahun Harian Metro ke 29 di Sri Pentas. FOTO ROHANIS SHUKRI.
Pengurus Jualan Digital & Langganan NSTP, Tengku Kaifimirza Tuan [email protected] Tengku (kiri) bersama kakitangan Media Prima Berhad membeli akhbar Harian Metro bagi mendapatkan kordial Ribena 600ml secara percuma sempena ulang tahun Harian Metro ke 29 di Sri Pentas. FOTO ROHANIS SHUKRI.