SUSPEK kes culik dan bunuh Datuk Seri dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk disambung reman pada 3 Julai lalu. FOTO Arkib NSTP
SUSPEK kes culik dan bunuh Datuk Seri dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk disambung reman pada 3 Julai lalu. FOTO Arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


DALANG utama kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ahli politik bergelar Datuk itu akan berhadapan pertuduhan pada 8.30 pagi.

Pada 27 Jun lalu, mayat dipercayai ahli perniagaan itu ditemui dibuang di lereng bukit di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang juga seorang pemaju hartanah berusia 55 tahun, diculik ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi 10 Jun lalu.

Selepas hampir 18 hari diculik, mayatnya ditemui dalam belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang, pada 9 pagi Sabtu lalu.

Susulan itu, polis menahan menahan 11 lelaki termasuk warga Bangladesh berusia antara 20 hingga 56 tahun.

Polis tidak menolak kemungkinan kes penculikan dan pembunuhan itu ada kaitan dengan hutang perniagaan.

Terdahulu, dalang utama kes terbabit disambung reman selama tujuh hari bermula 3 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 10:55 PM