LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
BERNAMA

ENAM suspek termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, pertuduhan terhadap enam lelaki itu akan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

"Sejumlah 11 tangkapan dibuat bagi siasatan berhubung kes ini dan Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan arahan untuk pertuduhan dibuat terhadap enam suspek berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan mayat seorang ahli perniagaan berusia 55 tahun ditemukan di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu, selepas 18 hari diculik.

Mangsa yang juga seorang pemaju hartanah dipercayai diculik, ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

Siasatan polis mendapati seorang daripada suspek membuat panggilan dan meminta wang tebusan $50 juta dolar Singapura daripada keluarga mangsa, namun tiada pembayaran dibuat.

Pada 2 Julai lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif kes berkenaan disebabkan masalah hutang dan perniagaan.

Berita berkaitan

Pembunuhan Datuk Seri bermotifkan wang

EL dah kena tahan, polis kini cari Thamby

Kes culik, bunuh Datuk Seri: Polis buru EL

Datuk jadi dalang

Datuk Seri diculik ditemui mati

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 9:36 AM