Amir Abd Hamid


ENAM lelaki disyaki menculik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, 9.40 pagi, hari ini.

Keenam-enam mereka termasuk seorang bergelar Datuk yang memakai pelitup muka dibawa dengan van putih.

Pertuduhan terhadap enam lelaki itu akan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada 27 Jun lalu, mayat dipercayai ahli perniagaan itu ditemui dibuang di lereng bukit di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang juga seorang pemaju hartanah berusia 55 tahun, diculik ketika berjoging di taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi 10 Jun lalu.

Selepas hampir 18 hari diculik, mayatnya ditemui dalam belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang, pada 9 pagi Sabtu lalu.

Susulan itu, polis menahan menahan 11 lelaki termasuk warga Bangladesh berusia antara 20 hingga 56 tahun.

Polis tidak menolak kemungkinan kes penculikan dan pembunuhan itu ada kaitan dengan hutang perniagaan.

Terdahulu, dalang utama kes terbabit disambung reman selama tujuh hari bermula 3 Julai lalu.

SEBAHAGIAN dari enam orang yang dibawa Polis untuk dituduh keatas kes bunuh dan culik ahli perniagaan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO FATHIL ASRI.
SEBAHAGIAN dari enam orang yang dibawa Polis untuk dituduh keatas kes bunuh dan culik ahli perniagaan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO FATHIL ASRI.

Berita berkaitan

Suspek culik, bunuh Datuk Seri dituduh hari ini

Pembunuhan Datuk Seri bermotifkan wang

EL dah kena tahan, polis kini cari Thamby

Kes culik, bunuh Datuk Seri: Polis buru EL

Datuk jadi dalang

Datuk Seri diculik ditemui mati

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 10:24 AM