GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) menggesa orang ramai berhati-hati dengan perkhidmatan tidak berdaftar dengan suruhanjaya itu bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

SSM dalam satu kenyataan memaklumkan ia susulan aduan rasmi yang diterima daripada orang awam berhubung wujudnya khidmat ejen bebas, model bebas dan jurusolek artis yang menawarkan perkhidmatan bagi tujuan perniagaan melalui laman Facebook.

"Hasil semakan dan pemantauan mengesahkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan tidak didaftarkan dan ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (1) (a), Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 iaitu gagal mendaftarkan perniagaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu, hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel kepada [email protected] atau layari laman sesawang www.ssm.com.my untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 1:19 PM