DUA pelatih PUSPEN (berbaju putih) di bawa ke mahkamah. FOTO Abnor Hamizam
DUA pelatih PUSPEN (berbaju putih) di bawa ke mahkamah. FOTO Abnor Hamizam
Abnor Hamizam Abd Manap


DUA pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Titi, Jelebu dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Jelebu selepas mengaku salah mencederakan rakan seasrama mereka

Majistret Rahimah Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasroy Hasnan, 28 dan Kairul Jabar Mohd Kassim, 32, yang mengaku bersalah melakukan pertuduhan itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap rakan seasrama mereka, Mohd Fadzil Abd Rahim di asrama PUSPEN pada 7 malam, 7 September tahun lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh didakwa mangsa selepas mendakwa lelaki itu ada menyeludup sejumlah wang ke asrama lain tanpa pengetahuan mereka.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 3:50 PM