PENGGUNA jalan raya terpaksa mengelak 10 kenderaan terbabit dalam kemalangan di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, petang hari ini. FOTO ihsan polis.
PENGGUNA jalan raya terpaksa mengelak 10 kenderaan terbabit dalam kemalangan di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, petang hari ini. FOTO ihsan polis.
Nurul Hidayah Bahaudin


SEMBILAN kenderaan rosak dalam kemalangan dengan sebuah lori 'skylift' di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan pada 4 petang itu dipercayai berlaku apabila pemandu lori skylift itu dalam keadaan laju dan tidak sempat menekan brek.

"Lori itu terus melanggar lori yang bergerak ke hadapan dan melanggar lapan kenderaan lain termasuk sebuah van sebelum berhenti dengan kali terakhir melanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover.

"Hanya pemandu lori skylift berusia 42 tahun cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala pemandu lain tidak cedera dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

KEADAAN Range Rover yang rosak selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, petang hari ini. FOTO ihsan polis.
KEADAAN Range Rover yang rosak selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, petang hari ini. FOTO ihsan polis.

Zulkefly berkata, pemandu kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu sudah tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 10:12 PM