PEGAWAI AADK memeriksa suspek ditahan di rumah teres di Gelugor, hari ini. FOTO ihsan AADK Pulau Pinang
PEGAWAI AADK memeriksa suspek ditahan di rumah teres di Gelugor, hari ini. FOTO ihsan AADK Pulau Pinang
Zuhainy Zulkiffli


PASANGAN kekasih antara lima ditahan kerana terbabit dengan pengambilan dadah dalam serbuan dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di rumah teres di Gelugor, Georgetown, hari ini.

Turut ditahan dalam Ops Cegah itu ialah wanita berusia 23 tahun dan anaknya berusia dua tahun selain dua lelaki berusia 40an yang dipercayai menjadi tokan dadah di kawasan berkenaan.

Pengarah AADK Negeri, Elmariah Chung berkata, serbuan dijalankan selama 12 jam bermula 7 malam hingga 7 pagi itu membabitkan seramai 10 anggota dan pegawai.

Katanya, pasangan kekasih berusia 26 dan 21 tahun itu mendakwa sudah menyewa bilik di rumah berkenaan sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

"Malah pasangan itu turut mengaku mereka terbabit dengan aktiviti penagihan dadah.

"Kenalan mereka dikatakan sering berkunjung ke rumah sewa berkenaan dipercayai untuk menghisap dadah dan turut ditemui dalam serbuan itu ialah 16 gram dadah jenis heroin," katanya kepada NSTP, hari ini.

Mengulas lanjut, Elmariah berkata, semua yang ditahan sudah diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, pihaknya Pinang sentiasa komited dalam menangani masalah dadah di Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 11:29 PM