X
MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (tengah) bergambar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Shakib Ahmad Shakir. FOTO BERNAMA

BERNAMA

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mensasarkan untuk meningkatkan penyambungan jalur lebar 4G di Sarawak sehingga sekurang-kurangnya 90 peratus berbanding 71 peratus ketika ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, untuk tujuan itu, SKMM akan menjalinkan kerjasama erat dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

"Dalam pertemuan ringkas dengan SMA hari ini, kita melihat bagaimana boleh melipatgandakan kerja-kerja SKMM di Sarawak khususnya dalam penyambungan jalur lebar 4G.

"Jadi selepas ini akan ada lagi perbincangan yang lebih teliti tentang cara gaya untuk mempercepatkannya selain merapatkan kerjasama di antara dengan SMA," katanya kepada wakil media selepas mengadakan lawatan dan merasmikan Pejabat MCMC cawangan Sarawak, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Suriani Ahmad, Ahli Lembaga SMA Tan Sri Morshidi Ghani dan Pengerusi SKMM, Dr Fadlullah Abdul Malek.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 12:56 PM