DATUK Zainuddin Yaacob. FOTO NSTP
DATUK Zainuddin Yaacob. FOTO NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


KETUA Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob akan memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkuat kuasa 10 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, selain Zainuddin, Pegawai Turus Perundangan/Naziran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Deputi Superintendan Tium Ming Kung pula dilantik sebagai Ketua JSJN Terengganu.

"Tium akan dinaikkan pangkat dengan memangku pangkat Superintendan.

"Pegawai Turus Pengangkutan, Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi, Johor, Deputi Superintendan Lye Boon Choy pula ditugaskan sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Johor," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 10:00 PM