LAPANGAN golf.
LAPANGAN golf.
Nazri Abu Bakar


" INDUSTRI golf terjejas teruk berikutan lapangan golf terpaksa ditutup manakala pemain golf tidak dapat melakukan aktiviti sukan ini," ujar Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.

Menurutnya, kerajaan Negeri Melaka kini giat mempromosi pembinaan ekonominya semula termasuk menerusi pelancongan golf selepas industri berkenaan tersekat susulan pandemik Covid-19.

Katanya, situasi itu menyebabkan pendapatan dalam industri golf menurun dengan sangat drastik.

"Walaupun kelab golf terpaksa ditutup, namun rawatan lapangan terpaksa diteruskan. Pamun selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa, fasa terbabit memberi ruang kepada semua pemain industri golf bernafas kembali dengan kehidupan normal.

"Sehubungan itu, Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM) bersama A'Famosa Golf & Country Club, Ayer Keroh Country Club (AKCC), Orna golf & Country Club, Jasin Heritage Golf Club (JHGC) dan Tiara Melaka Golf & Country Club berjaya mewujudkan kesepakatan ke arah memulihkan industri golf (Revival of Melaka Golf) dengan menggunakan pendekatan 'Joint Marketing' bagi mengadakan pertandingan persahabatan yang dinamakan "Melaka Golf Get- Together"," katanya kepada kira-kira 400 pemain selepas melancarkan program Jom golf ke Melaka di Kelab Golf Tiara, di Jalan Gapam, Melaka tadi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar merangkap Presiden Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM), Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Menurutnya, ia adalah langkah pertama untuk memulihkan kembali industri golf khususnya 'Golf Tourism' sekaligus menggamit dunia dalam merancakkan semula pertumbuhan ekonomi dalam industri pelancongan di negeri tercinta ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 5:03 PM