X
KERETA yang terjunam ke dalam sungai ditarik DBKL. FOTO ihsan Polis
KERETA yang terjunam ke dalam sungai ditarik DBKL. FOTO ihsan Polis
Muhaamad Hafis Nawawi


PEMANDU Toyota Corolla Dx hanya mengalami kecederaan ringan selepas terselamat apabila keretanya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai berhampiran pusat beli-belah Sogo di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, berdasarkan maklumat orang awam, kereta dipandu seorang lelaki.

"Makluman daripada orang awam mendapati pemandu berkenaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan dan beredar dari tempat kejadian menghala ke klinik tidak pasti.

"Kita sedang mengesan pemandu terbabit," katanya

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dalam perjalanan dari arah Jalan Kuching menghala ke Bulatan Dato Onn.

"Apabila sampai di selekoh lokasi kejadian (di Jalan Kuching) kereta dipandunya hilang kawalan ke kiri jalan dan jatuh menjunam ke dalam sungai bersebelahan dengan Jalan Kuching," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, polis kemudian memohon bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik naik kereta terbabit ke tebing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Berita berkaitan:

  • Kereta terjunam dalam sungai
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 12:56 PM