ANGGOTA bomba menjalankan operasi menaikkan kereta yang terjunam ke dalam sungai. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menaikkan kereta yang terjunam ke dalam sungai. FOTO ihsan bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


PEMANDU Toyota Corolla Dx yang terselamat selepas keretanya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai berhampiran pusat beli-belah Sogo di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, hari ini tidak memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki berusia 23 tahun terbabit sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee jam 1.45 tengah hari selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Menurutnya, hasil rakaman ke atas pemandu, dia memberitahu kemalangan berlaku kira-kira jam 4 pagi apabila kereta dipandunya dari arah Dataran Merdeka menghala ke Shah Alam.

"Apabila tiba di selekoh lokasi kejadian, keretanya hilang kawalan ke kiri dan melanggar pembahagi jalan.

"Ketika keretanya terbabas mangsa sempat membuka pintu dan melompat keluar sebelum kenderaannya terjunam ke dalam sungai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, pemandu berkenaan sudah menjalani ujian pernafasan EBA dan keputusan adalah negatif alkohol.

"Akibat kejadian itu mangsa luka di dahi dan siku kiri," katanya.

Berita berkaitan:

  • [UPDATE] Polis cari pemandu
  • Kereta terjunam dalam sungai
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 4:52 PM