X
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


DUA kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) dilaporkan masih aktif membabitkan DTI Bukit Jalil dan DTI Sepang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,661 individu disaring di DTI Bukit Jalil dengan 649 daripadanya didapati positif membabitkan 646 bukan warga negara.

"Di DTI Sepang pula, seramai 1,477 individu disaring dengan 72 daripadanya yang juga bukan warga negara didapati positif.

"Jumlah itu termasuk lapan kes yang dikesan daripada saringan 115 Orang Kena Tahan (OKT) di DTI Sepang, hari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, saringan yang dilakukan di DTI Sepang itu adalah saringan ulangan membabitkan kontak rapat bagi 115 OKT yang ditempatkan di Blok C pada 10 Julai lalu.

"Semua kes positif kluster ini adalah membabitkan bukan warga negara yang sebelum ini sudah diasingkan di dalam DTI Sepang.

"Sebanyak 19 kes positif terbabit dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut sekali gus tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 6:05 PM