CHE Ahmad Tarmizi (kanan) menyerahkan sebahagian cecair sanitasi tangan dan mesin dispenser kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu JPNT, Salim Ab Ghani (kiri). FOTO Ihsan Petronas
CHE Ahmad Tarmizi (kanan) menyerahkan sebahagian cecair sanitasi tangan dan mesin dispenser kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu JPNT, Salim Ab Ghani (kiri). FOTO Ihsan Petronas
Rosli Ilham

YAYASAN Petronas menyumbang 5,000 liter cecair sanitasi tangan dan 100 mesin dispenser kepada 19 sekolah di Terengganu.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi A Rahman berkata, sumbangan itu membabitkan sekolah rendah dan menengah di Dungun, Kemaman dan Kuala Nerus.

Beliau berkata, sumbangan itu sebagai membuktikan sokongan membendung risiko penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

"Ini adalah sumbangan berterusan Petronas dalam memperkasakan kehidupan komuniti sekitar kawasan operasi kami.

"Petronas komited kepada usaha dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke arah membendung penularan Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 4:43 PM