GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat tidak menjadikan sosej sebagai hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kerana boleh meningkat risiko obesiti dan kanser usus.

KKM dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, tanggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar adalah salah.

Katanya, sosej bukan daging sebenar tetapi sejenis makanan diproses.

"Makanan ini tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser), tinggi kandungan garam (sodium & MSG) dan tinggi bahan pengawet.

"Selain itu ia boleh meningkatkan tahap kolestrol 'jahat' dalam badan dan meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus," katanya.

Katanya, kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.

"Nak makan sosej tu boleh, tetapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 5:05 PM