X
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang disyaki membunuh tiga kucing dengan memasukkan haiwan peliharaan itu ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Desa Aman Puri Kepong. FOTO IHSAN PEMBACA
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang disyaki membunuh tiga kucing dengan memasukkan haiwan peliharaan itu ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Desa Aman Puri Kepong. FOTO IHSAN PEMBACA
Muhaamad Hafis Nawawi


TIGA bangkai (karkas) kucing yang dibunuh dengan kejam di dalam mesin basuh di Kepong sudah dihantar ke Makmal Veterinar Salak Tinggi, Sepang untuk bedah siasat.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pegawai penyiasat JPV.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa Jabatan JPV Negeri Selangor juga sudah menahan Orang Yang Disyaki (OYDS) pada 12.15 tengah malam kelmarin.

"Perintah reman ke atas OYDS sudah diperoleh dari Mahkamah Selayang selama empat hari mulai semalam hingga 16 Julai ini.

"Barang kes iaitu, tiga karkas (bangkai) kucing sudah diambil oleh pegawai penyiasat untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Subseksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772], iaitu dengan kejamnya menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya.

"Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan luluh hati seorang wanita apabila melihat tiga kucing dibunuh kejam dengan 'dilemaskan' dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Tindakan kejam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi.

Berita berkaitan

'Lelaki bunuh kucing direman 4 hari'

'Pembunuh' kucing kurang siuman'

'Hidung berdarah, mulut berbuih...'

Kejam, melemaskan tiga kucing dalam mesin basuh [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 2:55 PM