NOR Hafizi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
NOR Hafizi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Raja Noraina Raja Rahim

ANGGOTA polis bantuan maut dalam kemalangan di Kilometer 452.7, Lebuhraya Utara Selatan dekat Sungai Buloh, hari ini.

Mangsa Nor Hafizi Buarhan, 30, berasal dari Kuala Nerang, Kedah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber berkata, polis menerima laporan kejadian jam 3.20 petang.

"Berdasarkan siasatan awal, motosikal Yamaha 135LC dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa melambung ke lorong sebelah kiri dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 9:25 PM