ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO Erika George
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO Erika George
Erika George


PEKERJA kimpalan yang tertimbus dalam runtuhan tanah di Loji Rawatan Air di Jalan Nyabau, Bintulu, jam 3 petang tadi, disahkan meninggal dunia.

Mangsa, warga Filipina dikenali sebagai Perez Antonio Secuya, 41, dikeluarkan daripada runtuhan tanah jam 4.33 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mangsa disahkan mati kira-kira tujuh minit kemudian.

"Khidmat jengkaut digunakan bagi membantu mengeluarkan mangsa.

"Pasukan paramedik berusaha menyelamatkan mangsa namun dia disahkan mati akibat kecederaan parah pada kepala dan badan," katanya.

Menurut jurucakap itu, semasa kejadian, mangsa sedang menjalankan kerja kimpalan pada pada batang paip berkedalaman kira-kira tiga meter sebelum berlakunya runtuhan tanah lalu menimbus mangsa.

"Mangsa tertimbus kira-kira 30 minit. Mayatnya dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

"Siasatan akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan runtuhan tanah itu," katanya.

Berita berkaitan

Lelaki selamat walaupun setengah jam tertimbus tanah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 9:37 PM