BANJIR di Johor. FOTO Iqmal Haqim Rosman
BANJIR di Johor. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Mohamed Farid Noh


MANGSA banjir empat daerah di Johor semakin menurun kepada 739 orang yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS), sehingga 8 pagi ini.

Ia berbanding sejumlah 765 mangsa daripada empat 197 keluarga, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, faktor cuaca yang tidak hujan menyebabkan paras air di beberapa kawasan yang dinaiki bah mulai surut.

"Mangsa banjir di Muar menurun kepada 535 orang daripada 139 keluarga di enam PPS berbanding 540 orang daripada 141 keluarga, malam tadi.

"Di Pontian pula, mangsa banjir juga menurun kepada 122 orang daripada 35 keluarga di dua PPS berbanding 143 orang daripada 42 keluarga, malam tadi.

"Mangsa banjir di Tangkak turut menurun kepada 57 mangsa daripada 10 keluarga di dua PPS berbanding seramai 67 orang daripada 10 keluarga, malam tadi.

"Batu Pahat pula kekal dengan 15 orang mangsa daripada empat keluarga di sebuah PPS," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 9:11 AM