LORI dan tong mengandungi minyak diesel yang dirampas daripada suspek. FOTO Melvin Joni
LORI dan tong mengandungi minyak diesel yang dirampas daripada suspek. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni


CUBAAN seorang lelaki menyeludup 200 liter diesel gagal apabila ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sri Aman di pekan Lubok Antu di sini, hari ini.

Ketua Cawangannya, Elani Kemiti berkata, jumlah rampasan lebih RM47,000 dan kejayaan itu hasil penahanan lori dipandu suspek jam di pekan Lubok Antu.

"Pemeriksaan mendapati, lori dipandu suspek membawa 20 tong mengandungi diesel.

"Siasatan mendapati, suspek tidak memiliki lesen atau kebenaran khas untuk mengendalikan barang kawalan iaitu diesel," katanya pada kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi setiap kesalahan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Aduan berkaitan kegiatan penyeludupan diesel boleh disalurkan melalui talian 1 800 886 800 atau aplikasi WhatsApp di 019-2794317.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 3:09 PM