TANGKAP layar video dewan makan sebuah sekolah menengah agama yang runtuh, hari ini. FOTO ihsan pembaca
TANGKAP layar video dewan makan sebuah sekolah menengah agama yang runtuh, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Amirul Aiman Hamsuddin


BUMBUNG dewan makan sebuah sekolah menengah agama di Sabak Bernam, runtuh, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang tadi namun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Video terbabit tular di Facebook (FB).

Menerusi video berdurasi 27 saat itu, kelihatan sebahagian bumbung dewan makan itu dipercayai melendut sebelum runtuh.

Akibat kejadian itu, sebahagian daripada dewan makan itu ranap.

Wartawan yang tiba bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 7:12 PM