LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Raja Noraina Raja Rahim


LELAKI yang membunuh tiga kucing secara kejam dengan 'dilemaskan' dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, esok.

Suspek berusia 30-an itu akan didakwa mengikut Subseksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) kerana melakukan perbuatan kejam kepada tiga kucing.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Harian Metro Ahad lalu melaporkan luluh hati seorang wanita apabila melihat tiga kucing dibunuh kejam dengan 'dilemaskan' dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Tindakan kejam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an pada 5.30 pagi.

Lelaki terbabit yang didakwa kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan selepas ditemui penduduk di Aman Puri.

Berita berkaitan

'Bangkai kucing dihantar ke makmal'

'Lelaki bunuh kucing direman 4 hari'

'Pembunuh' kucing kurang siuman'

'Hidung berdarah, mulut berbuih...'

Kejam, melemaskan tiga kucing dalam mesin basuh [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 9:14 PM