KEADAAN banjir di salah sebuah premis. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN banjir di salah sebuah premis. FOTO Ihsan Pembaca
Safuri Kamarudin


SEBANYAK 301 buah rumah di Mukim Kupang, Baling dilanda banjir malam tadi selepas hujan berterusan sehingga lima jam menyebabkan rumah penduduk dimasuki air sehingga paras satu meter.

Seketeriat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Leftenan (PA), Mohd Faizol Ab. Aziz, berkata ia membabitkan 23 kampung iaitu Kampung Teluk Merubi (20), Charok Kangar (12),Tanjung (13), Jerai(4), Pisang (1), Padang Lengkuas (5), Tiak (3),

Kemangi (5), Padang Dan (3), Seberang Jaya (4), Bukit Tinggi (17) dan Bukit Legong (1).

Turut terbabit ialah Kampung Sadek Tengah (1), Tanjung Merbau (13),Tanah Periuk (14), Jenalik (2), Ketemba (5), Banggol Cicar (15), Taman Mesra Fasa 2 (65), Telok Durian (3), Pak Bong (14), Hangus (9), Telok Petata (14) dan Charok Rambai dua buah.

Beliau berkata, ekoran banjir kilat itu lima keluarga membabitkan 18 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Misbah Hul Munir, Kampung Tiak Kupang.

Manakala, 12 keluarga dengan 54 mangsa di pindahkan ke Surau An-Nur Taman Mesra kerana air semakin naik di penempatan mereka.

"Setakat ini tidak ada mangsa yang terperangkap dalam bencana itu kerana mereka keluar awal ke tempat selamat apabila air semakin naik.

"Semua agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membantu menyalurkan bantuan kit makanan dan pakaian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 10:53 AM