BUNG Moktar. FOTO Arkib NSTP
BUNG Moktar. FOTO Arkib NSTP
Rafiqah Dahali


UMNO Sabah berpendirian Pilihan Raya Negeri (PRN) bukanlah pilihan sewajarnya ketika pandemik Covid-19 masih melanda negara, namun ia penyelesaian terbaik menangani kemelut politik di negeri itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin pilihan raya itu juga akan membolehkan rakyat Sabah dapat memilih parti politik yang lebih dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan negeri.

"UMNO-BN (Barisan Nasional) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara penting, termasuk persiapan menghadapi PRN pada bila-bila masa.

"Rakyat Sabah sudah pernah memilih BN dan Warisan sebelum ini (Pilihan Raya Umum ke-14), jadi kita serahkan semula kepada rakyat, parti mana yang mereka lebih yakin serta percayai," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam perkembangan lain, hari ini media melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO Sabah diberi kuasa autonomi sepenuhnya dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi PRN Sabah.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah dalam satu sidang media khas, semalam.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 5:02 PM