GELANG berwarna merah jambu yang dipakai pesakit. FOTO Asyraf Hamzah
GELANG berwarna merah jambu yang dipakai pesakit. FOTO Asyraf Hamzah
Sri Ayu Kartika Amri


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap enam individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah seperti yang ditetapkan.

Setakat semalam, polis sudah melakukan 2,271 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula 24 Julai lalu, kerajaan memutuskan supaya semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warganegara asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan.

"Sejak 24 Julai sehingga 31 Julai, seramai 3,384 individu sudah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua ditempatkan di 14 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor.

"Daripada jumlah itu, seramai 13 individu dihantar ke hospital untuk rawatan selepas pulang dari 23 negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 2:55 PM