PASUKAN Gerakan Am (PGA) Batalion 4, menahan empat wanita warga Indonesia berusia 27 hingga 37 dalam Op Benteng Covid di kawasan ladang kelapa sawit di Taman Kenari, Sungai Sembilang. FOTO Ihsan PGA
PASUKAN Gerakan Am (PGA) Batalion 4, menahan empat wanita warga Indonesia berusia 27 hingga 37 dalam Op Benteng Covid di kawasan ladang kelapa sawit di Taman Kenari, Sungai Sembilang. FOTO Ihsan PGA
Amirul Aiman Hamsuddin

EMPAT wanita warga Indonesia ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 di kawasan ladang kelapa sawit di Taman Kenari, Sungai Sembilang di Kuala Selangor, semalam ketika cuba masuk ke negara ini secara haram.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Superintendan Zulafendy Hassan berkata, pihaknya menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu menerusi Op Benteng Covid, jam 10.30 pagi.

"Mereka berusia 27 hingga 37 tahun. Mereka mengaku menyeludup masuk dengan menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Jeram di sini," katanya pada kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan keempat-empatnya dibawa ke Balai Polis Jeram untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 4:19 PM