PASUKAN pemantau Covid-19 melakukan pemantauan semula di kawasan kedai nasi kandar di Pekan Napoh pada 29 Julai lalu. FOTO Zuliaty Zulkiffli
PASUKAN pemantau Covid-19 melakukan pemantauan semula di kawasan kedai nasi kandar di Pekan Napoh pada 29 Julai lalu. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Wartawan HM


SATU keluarga di Kedah dilaporkan positif Covid-19 dipercayai berkaitan dengan penularan kluster Sivagangga.

Berdasarkan mesej yang tular di media sosial mendakwa lelaki berkenaan seorang pemandu lori dan tinggal di Padang Sanai, Padang Terap manakala dua anaknya masing-masing bersekolah di Kubang Palas dan Padang Terap dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika dihubungi memberitahu satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung perkara itu hari ini.

Kluster Sivagangga menular akibat jangkitan import selepas seorang individu yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu (kes ke-8,937).

Dia yang juga pemilik kedai nasi kandar di Napoh itu dilaporkan melanggar SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana mereka yang dikuarantin tidak dibenarkan keluar daripada rumah.

Pemilik kedai makan itu bagaimanapun dilaporkan pergi ke premis berkenaan sebelum penularan jangkitan di kawasan itu berlaku.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2020 @ 2:02 PM