GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

TUJUH penumpang cedera apabila bot dipercayai bot pelancong terbakar selepas berlaku satu letupan, di Semporna, kira-kira 1 tengah hari ini.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika kerja memindahkan minyak petrol dilakukan dari tangki minyak bot ke dalam gelen.

Namun, minyak dalam tangki bot yang bercampur air disyaki penyebab berlakunya satu letupan sehingga mengakibatkan tujuh penumpang bot melecur hampir keseluruhan badan.

Difahamkan, dua mangsa kritikal manakala lima lagi separa kritikal dan kini dirawat di Hospital Tawau.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2020 @ 3:10 PM