LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Noor Atiqah Sulaiman


SEPASUKAN penyelam daripada Unit Selam Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan ke Tasik Perdana Putra sejak pagi tadi bagi mencari telefon bimbit milik pensyarah wanita yang mati dijerut.

Suspek lelaki berusia 41 tahun bagi membantu siasatan turut dibawa ke lokasi

Difahamkan penyelam PDRM dan suspek tiba di lokasi berkenaan sejak 11 pagi tadi dan ini kali kedua suspek dibawa ke lokasi yang sama bagi mencari bahan bukti.

Kira-kira empat penyelam daripada Unit Selam Marin PDRM terbabit dalam operasi berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan lelaki tergamak membunuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung sebelum mayatnya ditemui di dalam kereta mereka berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, Khamis lalu.

Berita berkaitan:

  • Kes bunuh pensyarah: Suami dipercayai curang
  • Cari isteri hanya lakonan suami
  • Anak mangsa luah rindu
  • Bunuh isteri guna tudung
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 1:22 PM