PASUKAN Polis Marin (PPM) membantu mencari telefon bimbit yang dibuang suspek di dalam lombong di Taman Putra Perdana, Sepang. FOTO Fadli Hamzah
PASUKAN Polis Marin (PPM) membantu mencari telefon bimbit yang dibuang suspek di dalam lombong di Taman Putra Perdana, Sepang. FOTO Fadli Hamzah
Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS masih belum menemui telefon bimbit milik pensyarah yang dijerut dengan tudung di dalam sebuah kereta berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, di Sepang, Khamis lalu yang didakwa dibuang ke dalam Tasik Perdana Putra.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, operasi pencarian oleh pasukan penyelam daripada Unit Selam Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diadakan sejak pagi tadi sebelum ditamatkan tengah hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun telefon bimbit milik mangsa itu masih belum ditemui.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan sepasukan penyelam daripada Unit Selam Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan ke Tasik Perdana Putra sejak pagi tadi bagi mencari telefon bimbit milik pensyarah wanita yang mati dijerut.

Suspek lelaki berusia 41 tahun berpakaian lokap unggu turut dibawa ke lokasi bagi membantu siasatan.

Difahamkan penyelam PDRM dan suspek tiba di lokasi berkenaan sejak 11 pagi tadi dan ini kali kedua suspek dibawa ke lokasi yang sama bagi mencari bahan bukti.

Kira-kira empat penyelam daripada Unit Selam Marin PDRM terbabit dalam operasi berkenaan.

Berita berkaitan

Anak mangsa bunuh stabil

Tempahan e-hailing bongkar pembunuhan pensyarah

Selam cari telefon bimbit pensyarah dibunuh

Kes bunuh pensyarah: Suami dipercayai curang

Cari isteri hanya lakonan suami

Anak mangsa luah rindu

Bunuh isteri guna tudung

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 4:56 PM