ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa cedera akibat letupan di pelabuhan Beirut. FOTO AFP
ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa cedera akibat letupan di pelabuhan Beirut. FOTO AFP
Yusmizal Dolah Aling


INSIDEN letupan yang menggegarkan Beirut pada Selasa turut disebut ke Dewan Rakyat pada sesi pagi, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan takziah kepada mereka yang terbabit ketika soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di parlimen.

"Terlebih dulu saya ingin merakamkan takziah kepada mangsa letupan di Beirut yang mengorbankan lebih 100 nyawa setakat ini," katanya.

Dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada 6 petang, Selasa (waktu tempatan) sehingga mengakibatkan kira-kira 73 orang maut manakala lebih 2,000 cedera.

Letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu.

Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.

Berita berkaitan:

  • Ammonium nitrat punca letupan Lubnan
  • Ammonium nitrat punca letupan Lubnan
  • Lubnan akan cari dalang letupan
  • Letupan Lubnan: Pemimpin dunia rakam takziah
  • Letupan Lubnan, 'serangan mengerikan' - Trump
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 12:42 PM