Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Yusmizal Dolah Aling


MALAYSIA akan melihat keperluan yang boleh kita salurkan untuk membantu mangsa letupan di Beirut.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, laporan lanjut mengenai apa yang berlaku akan diketahui pada malam ini dan tindakan selanjutnya akan diambil dalam masa sehari dua lagi.

Katanya, setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden berkenaan.

"Di dalam pemantauan kita beberapa jam kejadian berlaku. Saya amat syukur dan kita sudah membuat kenyataan tidak ada rakyat Malaysia yang terbabit.

"Dari segi sumbangan saya minta Dewan Rakyat beri saya satu dua hari dan kita akan bawa balik ke dewan ini bersandarkan kepada nasihat daripada warga kita dan juga kerajaan di sana, keperluan yang boleh kita salurkan bukan saja konteks kerajaan tapi saya tahu daripada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, daripada laporan terkini diterima malam ini, pihaknya akan mengeluarkan nasihat dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 6:35 PM