TERESA Kok.
TERESA Kok.
Yusmizal Dolah Aling


ISU pertukaran nama kempen Kementerian Perusahaan Perladangan Komoditi menjadi 'bahan' di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Ia bermula apabila bekas menterinya Teresa Kok (Dap-Seputeh) bertanya mengenai pertukaran nama kempen 'Sayangi Sawitku' ketika pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menurutnya, ia tidak perlu memandangkan ia adalah inisiatif kementerian dan bukannya individu.

Teresa mempersoalkan tindakan program berkenaan yang ditukar nama kempen kepada 'Sawit Anugerah Tuhan'.

Pertanyaan itu dijawab Datuk Dr Khairuddin Aman Razali selaku menteri bahawa pihaknya akan memperkasakan dan membuat penambahbaikan ke atas dasar yang dibuat kerajaan sebelum ini.

"Slogan kempen yang berbeza mengikut kerajaan yang ada pada hari ini.

"Kementerian berpendapat bahawa 'Sawit Anugerah Tuhan' adalah bersifat universal dan boleh diguna pakai di seluruh dunia.

"Kempen ini adalah kempen yang dapat meningkatkan lagi pembabitan dunia untuk menerima minyak sawit kita sebagai sebahagian makanan keperluan dunia," katanya ketika penggulungan di Dewan Rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 7:17 PM