AKSI Hishammuddin dirakam sedang hisap vape dalam Dewan Rakyat. FOTO ihsan pembaca
AKSI Hishammuddin dirakam sedang hisap vape dalam Dewan Rakyat. FOTO ihsan pembaca
Yusmizal Dolah Aling


AHLI Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya menghisap rokok elektronik dalam Dewan Rakyat dirakamkan dan tersebar di media sosial.

Permohonan itu dibuat menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Mhd Shamin.

"Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru. Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," ciapnya membalas hantaran itu.

Terdahulu Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi meminta Hishammuddin memohon maaf kerana tindakannya itu tidak sepatutnya dilakukan.

"Tular di media Twitter mengenai Yang Berhormat Sembrong vaping (menghisap vape) di dalam dewan. Ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 8:16 PM