GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

HARGA runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi 8 hingga 14 Ogos 2020, akan turun mulai tengah malam ini.

Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun 5 sen kepada RM1.63 dan RM1.93 seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel turun 4 sen kepada RM 1.79 seliter.

Harga minyak ini berkuat kuasa tengah malam ini hingga 14 Ogos depan.

Pengumuman harga baharu itu dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di laman Facebook rasminya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 6:05 PM