GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SERAMAI 20 individu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas positif Covid-19 menerusi saringan di pintu masuk negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak 24 Julai sehingga 7 Ogos lalu, 7,364 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

"Semua mereka ditempatkan di 30 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah.

"Mereka pulang dari 30 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom.

"Selain itu, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia.

"Daripada jumlah itu, 20 individu dibawa ke hospital untuk rawatan kerana positif Covid-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas berhubung pemeriksaaan di tapak binaan, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di 10 tapak pembinaan di seluruh Malaysia, semalam.

"Daripada jumlah itu, pemeriksaan mendapati semua 10 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Bagi bekalan asas, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 707 premis perniagaan termasuk peruncit (524),pemborong (153) dan pengilang (30).

"Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 3:37 PM