Nor Fazlina Abdul Rahim


MALAYSIA dijangka mampu membasmi masalah kemiskinan sebagaimana ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun berkata, ia mungkin tidak mampu ditangani secara total susulan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, itu antara 17 agenda antarabangsa dan Malaysia akan berusaha sebaik mungkin walaupun banyak cabaran perlu dihadapi.

"Parlimen Malaysia tahun lalu menubuhkan satu pasukan bagi melihat setakat mana Malaysia mampu mencapai matlamat agenda pembangunan mampan yang ditetapkan PBB itu menjelang 2030.

"Umumnya, kita sudah mencapai agenda berkenaan terutama dari segi kemiskinan dan kebuluran, namun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.

"Agenda PBB adalah mahu kita membasmi kemiskinan, itu yang belum kita capai dan kerajaan sedang melihat serta merangka dasar dan kaedah lama untuk mencapai ke arah itu. Insya-Allah kita dapat mencapainya dalam tempoh 10 tahun lagi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Tapak Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) di Pusat Khidmat Dun di Jeli, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kadar kemiskinan di Malaysia kini menurun kepada 5.6 peratus, berbanding 7.6 peratus pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 3:47 PM
MUSTAPHA mengadakan perbincangan bersama kumpulan rentas Parti Parlimen Malaysia di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MUSTAPHA mengadakan perbincangan bersama kumpulan rentas Parti Parlimen Malaysia di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli. FOTO Nik Abdullah Nik Omar