Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam ditutup untuk sebarang aktiviti berikutan terdapat ahli jemaah surau yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19. Foto Mahzir Mat Isa
Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam ditutup untuk sebarang aktiviti berikutan terdapat ahli jemaah surau yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19. Foto Mahzir Mat Isa
Norzamira Che Noh

"KAMI berdoa dan berharap jemaah surau ini yang didakwa mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 yang juga daripada kluster Sivagangga di Jitra Kedah, negatif virus itu," kata seorang daripada kariah surau di Seksyen 23, Shah Alam itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, walaupun maklumat berhubung kontak rapat itu tersebar di media sosial namun tiada arahan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya penduduk melakukan saringan kesihatan.

"Ramai yang panik walaupun belum ada pengesahan rasmi individu terbabit positif Covid-19.

"Walaupun ada yang mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) akan dilaksanakan di kawasan ini, namun ia hanyalah khabar angin," katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata, dia dan penduduk lain terkejut dengan laporan mengenai kontak rapat yang disiarkan di akhbar dan media sosial sejak semalam.

"Kami tidak sangka kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah jemaah surau ini dan kali terakhir saya ke surau ini adalah untuk menunaikan solat Jumaat.

"Siapa yang tidak risau dengan pandemik Covid-19, apatah lagi ia cepat merebak membabitkan Kluster Sivagangga.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar," katanya ketika ditemui hari ini.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup susulan seorang jemaah dikehendaki menjalani saringan Covid-19.

Berita berkaitan

Surau ditutup, penduduk jangan panik - JAIS

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 7:32 PM