KEADAAN rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran di Kampung Gunsing, Penampang. FOTO  JUWAN RIDUAN
KEADAAN rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran di Kampung Gunsing, Penampang. FOTO JUWAN RIDUAN
Oleh Juwan Riduan


SEORANG wanita warga emas melecur di tangan selepas rumahnya di Kampung Gunsing di sini, terbakar jam 3.30 petang tadi.

Mangsa yang berusia 60 tahun cedera akibat bahang ketika cuba menyelamatkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 3.57 petang.

Katanya, 11 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Halim Majid, dikerah ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami dapati api sedang marak membakar rumah itu.

"Kami turut memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera di tangan itu," katanya pada kenyataan.

Menurutnya, api dapat dikawal pada jam 4.10 petang dan operasi tamat jam 5.28 petang.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 8:38 PM