Mohd Amin Jalil


EMPAT kedai papan musnah dalam kebakaran di Pekan Air Mawang, Johol, Kuala Pilah, hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 7.59 pagi dan sepasukan 22 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Tampin dan Bahau.

"Kebakaran membabitkan sebuah kedai perabot dan tiga unit kedai lain yang kesemuanya musnah 100 peratus," katanya.

Beliau berkata, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 3:09 PM