ORANG ramai yang terbabit dalam proses saringan COVID-19 mengambil sumbangan daripada Pejabat ADUN Bukit Kayu Hitam di Dewan Orang Ramai Napoh. FOTO AMRAN HAMID
ORANG ramai yang terbabit dalam proses saringan COVID-19 mengambil sumbangan daripada Pejabat ADUN Bukit Kayu Hitam di Dewan Orang Ramai Napoh. FOTO AMRAN HAMID
Zuliaty Zulkifffli


BANTUAN bahan mentah termasuk sayur-sayuran, beras dan makanan lain diagihkan kepada penduduk di tiga mukim di Jitra yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO), hari ini.

Sebanyak 150 bungkusan mengandungi sayur-sayuran dan lebih 200 kampit beras diagihkan kepada penduduk di Napoh yang dikuarantin akibat penularan Kluster Sivagangga.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri dan Asas Tani negeri, Azman Nasaruddin berkata, sumbangan daripada Jabatan Pertanian Kedah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) itu diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan untuk keluarga memerlukan.

Beliau berkata, penyerahan bantuan itu dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke rumah penduduk di tiga mukim berkenaan.

"JKM akan memilih keluarga layak menerima bantuan ini terutama golongan kurang berkemampuan dan mempunyai anak ramai.

"Insya-Allah kami akan cuba cari lagi sumbangan untuk membantu penduduk di kawasan terbabit masih ada dua minggu lagi untuk mereka kuarantin," katanya ketika ditemui di Dewan Tunku Anum, Jitra, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 3:22 PM