KAKITANGAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau penduduk setempat yang hendak melakukan proses saringan di Klinik Kesihatan Kuala Sanglang bagi membendung penularan Covid-19  yang dikaitkan dengan Kluster Sivagangga. FOTO Amran Hamid
KAKITANGAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau penduduk setempat yang hendak melakukan proses saringan di Klinik Kesihatan Kuala Sanglang bagi membendung penularan Covid-19 yang dikaitkan dengan Kluster Sivagangga. FOTO Amran Hamid
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SERAMAI 4,636 individu di tiga negeri sudah disaring berkaitan kluster Sivagangga sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu seramai 45 individu dikesan positif Covid-19.

"Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit ialah Kedah, 4,078 disaring yang mana 31 kes dikesan positif dan 27 masih menunggu keputusan.

"Sebanyak 390 saringan dilakukan di Perlis, 11 kes dikesan positif Covid-19 dan 379 individu masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 168 individu sudah disaring di Pulau Pinang, tiga kes daripadanya dikesan positif dan 80 individu masih menunggu keputusan.

"Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif masih diteruskan. "Langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini.

"Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 6:11 PM