Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) bersama Pengarah Jentera BN PRK DUN Slim, Datuk Saarani Mohamad (tiga dari kiri) sempena Majlis Pelancaran Jentera BN PRK N58 DUN Slim di Dewan Feldajaya. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN
Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) bersama Pengarah Jentera BN PRK DUN Slim, Datuk Saarani Mohamad (tiga dari kiri) sempena Majlis Pelancaran Jentera BN PRK N58 DUN Slim di Dewan Feldajaya. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN
Rosman Shamsudin


SEMANGAT kerjasama kuat dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (Umno-PAS) mampu memberi kemenangan besar kepada calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim pada 29 Ogos ini.

Pengarah Jentera BN PRK Dun Slim, Datuk Saarani Mohamad berkata, analisis Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mendapati calon BN diwakili Umno mendapat 8,327 undi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili PKR mendapat 6,144 undi dan PAS pula 4,103 undi.

Katanya, dengan adanya sokongan daripada PAS melalui MN yang terjalin, sudah tentu akan menambah jumlah bilangan undi kepada calon BN.

"Calon BN akan mendapat sokongan daripada parti komponen BN dan rakan BN dan kita yakin bakal mendapat 14,000 undi dalam PRK di Dun Slim ini.

"Kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) terutama dengan Bersatu bakal menyumbang pertambahan undi kepada calon BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Jentera BN PRK Dun Slim dan Bahagian Angkat di Feldajaya dekat Trolak, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak berkata, kemenangan dapat dicapai jika jentera BN dapat menjalankan gerak kerja meraih undi dengan cekap termasuk meminta pengundi luar balik mengundi pada hari pengundian nanti.

Beliau berkata, jentera BN dan PAS bersama rakan BN berpadu tenaga dan bergabung sepanjang kempen dan akan berjuang habis-habisan memastikan calon BN menang dengan majoriti besar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 8:35 PM