Penduduk Kampung Kelangsat di Sipitang menunjukkan lokasi mangsa ditemui dan (gambar kecil) ketika kanak-kanak itu ditemui. Foto Ihsan Pembaca
Penduduk Kampung Kelangsat di Sipitang menunjukkan lokasi mangsa ditemui dan (gambar kecil) ketika kanak-kanak itu ditemui. Foto Ihsan Pembaca
Juwan Riduan

KEHILANGAN seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Kampung Kelangsat di Sipitang semalam bukan diculik sebaliknya didakwa disembunyikan makhluk halus.

Tular di media sosial bahawa kanak-kanak terbabit pada awalnya didakwa diculik sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai di daerah berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan polis di lokasi mendapati beberapa penduduk kampung mendakwa insiden itu sebenarnya berkaitan dengan kejadian makhlus halus.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dikerah ke kampung berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurutnya, hasil temubual dengan ketua kampung berkenaan dan beberapa penduduk mengesahkan mangsa dipercayai disembunyikan makhluk halus.

"Kejadian didakwa berlaku pada waktu Maghrib pada 6.30 petang dan mangsa dikatakan ditemui di belakang rumah ketua kampung itu sendiri.

"Mangsa didakwa ditemui di kawasan tanah lapang dalam keadaan telentang sambil tangan di di dada," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 10:48 PM