Antara individu yang dikenakan tindakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP penjarakan fizikal. FOTO MELVIN JONI
Antara individu yang dikenakan tindakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP penjarakan fizikal. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


DUA lelaki warga Indonesia ditahan dan dikompaun kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal di Kuching, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mereka ditahan ketika sedang makan di sebuah kedai makan di kawasan King Centre.

"Hasil siasatan mendapati seorang daripada mereka tinggal lebih masa di Malaysia manakala seorang lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, dua lelaki warga asing terbabit merupakan antara 19 individu yang dikenakan tindakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP menerusi pemeriksaan di tiga lokasi membabitkan BDC, Jalan Song dan King Centre yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

"Daripada jumlah itu, seramai empat orang dikenakan kompaun kerana tidak menggunakan pelitup muka manakala yang lain tidak mengamalkan penjarakan fizikal," katanya.

Awang Din berkata, kesemua individu terbabit perlu menjelaskan kompaun sebanyak RM1,000 seorang di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 4:56 PM