HANAFIAH Mat berhubung isu seorang Guru dan 3 kanak-kanak taska Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dikuarantin. FOTO Ghazali Kori
HANAFIAH Mat berhubung isu seorang Guru dan 3 kanak-kanak taska Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dikuarantin. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


SEORANG guru Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dan tiga murid Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) diarah menjalani kuarantin masing-masing 14 serta tujuh hari.

Guru wanita berusia 33 tahun dan tiga kanak-kanak masing-masing berusia satu tahun setengah, tiga dan empat tahun dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dikuarantin di rumah bermula 3 Ogos lalu selepas melakukan perjalanan rentas negeri ke Kedah serta Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata, ia berikutan kesemua mereka dilaporkan pulang untuk menyambut Aidiladha di Kubang Pasu dan Perlis.

"Mereka bukan termasuk Kluster Sivagangga, tapi mereka balik ke Kedah (Kubang Pasu) dan bila dia nak balik sambung pekerjaan, kita minta dia pergi ke klinik isi borang mana yang keluar rentas kawasan.

"Daripada borang itu, kita tengok mereka ada keluar ke Kedah, jadi kita minta dia buat saringan di klinik.

"Seorang guru berumur 33 tahun cuma ada gejala batuk dan selsema, jadi pihak PERMATA (Bahagian Program Permata Negara) atau Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) nasihat dia supaya buat kuarantin di rumah," katanya ditemui di luar dewan selepas Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini, hari ini.

Hanafiah berkata, langkah awal yang dilakukan pengurusan dengan menyediakan borang itu bertujuan bagi mengelak jangkitan Covid-19 menular dalam kalangan guru dan murid Taska berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 4:56 PM