Omar Ahmad


"SAYA sudah lama tunggu saat ini, (dan) sudah lama saya bersabar. Alhamdulillah Allah membantu saya," kata Shahrizal Sukor, 38, yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki tujuh cop doktor oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Juruteknik syarikat percetakan itu juga sangat bersyukur dengan keputusan berkenaan dan berterima kasih dengan keluarga terutama isteri yang sentiasa menyokongnya.

Dia didakwa memiliki tujuh cop doktor daripada hospital serta salinan asal 70 sijil sakit yang tidak sepatutnya berada dalam milikan bagi tujuan pemalsuan pada 5 Mei 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suriani Ujang, manakala tertuduh diwakili peguam Abd Rahim Ali dan Jihad Syahida Nadia Zakaria.

Pada 18 Februari 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Shahrizal atas kesalahan berkenaan.

SHAHRIZAL (dua kanan) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki cop doktor dan sijil sakit untuk pemalsuan, hari ini. FOTO Omar Ahmad.
SHAHRIZAL (dua kanan) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki cop doktor dan sijil sakit untuk pemalsuan, hari ini. FOTO Omar Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 12:32 PM