DATUK Azhar Azizan @ Harun. FOTO Bernama.
DATUK Azhar Azizan @ Harun. FOTO Bernama.
Hayati Ibrahim


"SAYA ingin melihat kematangan dalam sesi Dewan yang mulia ini secara berterusan dan berterima kasih kepada semua pihak terutama Ahli Yang Berhormat yang membantu saya melancarkan sidang Dewan mulia ini."

Itu ucapan ringkas Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan @ Harun sempena 30 hari menerajui Dewan Rakyat selepas dilantik pada 13 Julai lalu.

Katanya, beliau kini sedang meneliti reformasi institusi Parlimen dan akan menambah baik segala yang didapati perlu.

"Saya akan meneruskan inisiatif reformasi yang sesuai dengan perancangan lebih rapi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azhar turut merakamkan penghargaan kepada dua timbalannya Datuk Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said yang membantu melancarkan sesi mesyuarat.

"Saya berharap semua kerjasama dan tindakan cemerlang semua pihak yang terbabit dapat diteruskan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 1:09 PM