CHRISTOPHER Wong (tengah) dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membunuh rakannya, dua minggu lalu. FOTO Bernama.
CHRISTOPHER Wong (tengah) dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membunuh rakannya, dua minggu lalu. FOTO Bernama.
BERNAMA

PENGAWAL keselamatan kelab malam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth, hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya, dua minggu lalu.

Christopher Wong Khoon Swan, 34, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof yang bertindak sebagai Majistret.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Wong didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian rakannya, Lau Weng Heng, 43, di Jalan Dahlia Tiga, Taman Dahlia, Butterworth antara 5.50 pagi dan 6 pagi pada 29 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 2:57 PM